Monday, September 30, 2013

Memotong Spun Pile

Assalammualaikum

Setelah selesai kerja piling ..testing pada piling dah dibuat.Setelah kerja piling 'diluluskan' oleh Engineer maka kerja berikutnya - sebahagian pile tu kena dipotong untuk buat 'pile cap'.

Disini - Soalannya pada kedalaman berapa dari permukaan tanah pile ni di potong ?

Ini satu soalan yang bagus untuk sapa yang berkerja di tapak bina ...untuk ni ..aku ada tanya Engineer yang bertugas di tapak ni...beliau memang berpengalaman luas ..dah lama jaga projek di mana-mana..


Setelah tau pada kedalamam berapa dari permukaan hendak dipotong maka kerja mengorek tanah disekitar piling dibuat.
Katakanlah perlu dipotong 2m dari permukaan maka kenalah korek sedalam lebih kurang 2m ( biasanya lebih sikitlah ...)
Gambar atas ni menunjukkan beberapa pile yang sudah dikorek tanah disekitarnya.
Setelah ditanda pada 2m , ditanda ...kemudian dipotong dengan mesin pemotong pile yang khas...

Bersambung - hari dah malam

Wassalam




Sunday, September 29, 2013

PDA Test

Assalammualaikum

Setelah kerja piling siap , PDA Test dijalankan pada pile yang siap dipasang.

Aku sempat tengok macam mana ia dijalankan....

Secara ringkas macam Utube di bawah ni


Oh ya video ni bukan di site aku ya ...saya ambil dari UTube..sekadar untuk kepahaman kerja ni itu aje.

Selain tu Load Test juga ada dijalankan..Kalau nak tau lebih lanjut coba tanya kawan-kawan atau sapa saje yang keja sebagai 'Civil Engineer'...


Test di atas juga ada dijalankan - cuma gambarnya tak macam ni ...Ini dari UTube jugak..
Masa tu aku tak sempat videokan.....

Wassalam

Mohamed
Pulau Kambing
K.Trg






Friday, September 27, 2013

Maklumat Tapak Bina

Assalammualaikum

Sebenarnya sebelum ni aku  tak pernah kerja di tapak bina , tapi sedia maklum dari kecil kita dah pernah tengok tapak bina di mana-mana ... di bandar ..di pekan .. di mana sajalah .jadi secara langsung itu pun satu pengalaman jugak kan...Pengalaman "Tengok" ..dan Pengalaman " Dengar.. "

Di tambah zaman sekarang ..kata orang ' maklumat di hujung kuku ' hhheeee .Jadi aku search lah apa-apa info berkenaan construction...jadi taklah kata orang tu ..tak tau langsung ...dalam zaman sekarang tak boleh sorok infokan.

Setelah meneliti beberapa laman sesawang ..dan menilai isinya ..aku senaraikan yang rasanya bagus buat anak-anak kita atau sapa saja yang 'link' dengan tapak bina

a. www.understandconstruction.com

b. www.constructionjargon.com

Jadi kalu aku dengar istilah-istilah baru di site ..aku pun tengoklah di web ni..


Setelah tapak dibersihkan...di pagar..maka semua dah tau..start kerja pilinglah
Jenis piling yang digunakan dari jenis 'spun pile ' ..macam gambar di atas nilah.
Saiz yang digunakan 2 jenis diameter -  600mm dan 400mm 


Oh ya kalau nak tau lebih mendalam pasal 'spun pile' ..aku tak dapat  ..terangkan lebih mendalam maklumlah ..dulu tak ambil bidang 'civil' ..kan salah terangkan ...susah pulak jadinya..tapi boleh baca web berikut..nak order pun boleh hheeee


Bagi anak-anak yang ambik civil tu eloklah tengok ni ..manalah tau Bos suruh cari dan order senang sikit..

Bersambung
Wassalam

Bersambung sedikit- Nak tau macam mana pile ni di tanam dalam tanah.
Lihat UTube ni --tapi bukan di tapak aku ...cuma jenteranya cam tulah sama 2 x 5 ...Klik link di bawah


Tentang hazard yang anda nampak - rasanya boleh dilihat sendiri..dan salah satu langkah elakkan dari bahaya ialah jauhkan diri dan pekerja semasa angkat beban berat tu..dan lain-lain langkah kawalan keselamatan.

Wassalam

Mohamed 
Pulau Kambing











Thursday, September 26, 2013

Kerja Piling Bermula


Pagar dibina - bagi keselamatan awam.Itu Mustahaklah ya....


Kerja pengukuran untuk kedudukan piling


Kerja mengesan cable sekitar tapak bina...





Jentera Piling dah sampai dan stok pile yang sedia untuk di tanam !


Alat untuk monitor kesan 'gegaran' akibat kerja piling di tapak bina.





Peringkat Kerja Menebang Pokok & Pembersihan Tapak





Beginilah tapak setelah dibersihkan di mana jentera piling telah mula beroperasi di tapak.





Keadaan Asal Tapak Sebelum Di bina








Beginilah keadaan tapak bina sebelum kerja pembinaan dijalankan .....

Assalammualaikum

Blog ini sekadar mengabadikan gambar-gambar dan catatan-catatan yang bersifat ' umum' ketika aku berkerja di tapak bina di pusat bandar Kuala Terangganu....2013.Disamping itu mengumpul pelbagai maklumat tambahan dari pelbagai sumber yang 'dibolehkan' untuk tujuan berkongsi ilmu semoga berfaedah buat mereka yang berkaitan dengan bidang pembinaan seperti anak-anak kita yang mengambil bidang awam , bangunan dan sebagainyalah.

Kalau ada kesilapan harap maaf dan berikan pembetulannya.

Wassalam

Mohamed Bin Kasmon
Pulau Kambing
Kuala Terangganu.

Sept. 2013