Tuesday, December 3, 2013

Suka-Suka Aje & Test Ingatan Kita...

Assalammualaikum Semua

Harapan kita semuanya 'Selamat Hari Ini'.Alhamdulilah kalu gitu...

Oh ye...aku belum sempat coba buat soalan untuk test daya ingatan kita..Maklumlah sibuk sikit.Yalah tak kan nak jawap soalan tu tiap masa.

Soalannya - Apa tajuk yang sesuai ye ?Bila aku teliti tajuk-tajuk matematik dari laman web tu , rasanya sesuai tajuk berkenaan ' masa dan kerja '.Sebab ada kaitan dengan kerja kita hari-hari.

Aku tak pilih-pilih.Mari kita buat soalan ni..

1. 
A can do a work in 15 days and B in 20 days. If they work on it together for 4 days, then the fraction of the work that is left is :
A.
1
4
B.
1
10
C.
7
15
D.
8
15

2. 
A can lay railway track between two given stations in 16 days and B can do the same job in 12 days. With help of C, they did the job in 4 days only. Then, C alone can do the job in:
A.
91days
5
B.
92days
5
C.
93days
5
D.10

3. 
A, B and C can do a piece of work in 20, 30 and 60 days respectively. In how many days can A do the work if he is assisted by B and C on every third day?
A.12 daysB.15 days
C.16 daysD.18 days

4. 
A is thrice as good as workman as B and therefore is able to finish a job in 60 days less than B. Working together, they can do it in:
A.20 daysB.
221days
2
C.25 daysD.30 days

5. 
A alone can do a piece of work in 6 days and B alone in 8 days. A and B undertook to do it for Rs. 3200. With the help of C, they completed the work in 3 days. How much is to be paid to C?
A.Rs. 375B.Rs. 400
C.Rs. 600D.Rs. 800

Nak tau jawapannya buka laman ni 
Agak-agak boleh buat tak ? Aku pun tak pasti..
Bagi ku - aku ingin tahu sangat dalam usia begini .. mampu tak buat soalan ni.
Mudah-mudahan bolehlah ...tak pasti dapat berapa % test sendiri ni.Takut juga kalu dapat kosong ye ....
Sendiri cari soalan ..sendiri buat..sendiri tengok jawapan..Jangan tipu-tipu..hhheee
Selamat mencoba - semoga tak lupa ingatan kita dan berjaya.
Wassalam
Mohamed
Tengganu

Soalannya agak mencabar juga..aku coba macam ni

Soalan 1

Aku bayangkan kadar kerja A dan B mestilah sama bila mereka kerja sendirian atau bersama

Katakan tugasan tu T

Kadar  kerja si A = T/15

Kadar kerja si B = T/20

Bila mereka bersama siapkan tugasan T tu dalam masa 4 hari berapa kuantiti kerja mereka ?

Kuantiti kerja selama 4 hari =  (4T)/15   + (4T)/20  = (7T)/15  -----   7  bahagian dari 15 bahagian !

Jadi tugasan yang belum diselesaikan mestilah  8 dari 15 .

Jadi jawapannya = 8/15

Bila aku tengok jawapannya ...betullllll.. Woooo...

Dalam usia begini Allah masih beri keupayaan mengingat apa yang dipelajari dulu ..Alhamdulilah.

Soalan 2

Dengan gunakan konsep kerja yang sama...

Langkah 1 - cari kadar kerja pekerja C ni.

Kerja A + Kerja B + Kerja C = Tugasan (T)

Dalam masa 4 hari mereka siapkan rel keretapi tu (T) jadi

(4T)/16   + (4T)/12   + c(4)   = T               Dimana c adalah kadar kerja pekerja C

Permudahkan persamaan ni jadi

4c = (5T)/12

c  = (5T)/48

Jadi kalau si C ni buat sendiri ...nak borong sendiri katakan ..cari duit lebih !

Maka

Tugasan (T) = kadar kerja si C ni   X Hari kerja siapakan sendirilah  ...tak gitu ?

T = (5T)/48    x     Hari nak siapkan sendiri

Permudahkan jadi

Hari untuk siapkan sendiri =       T
                                                       ---------
                                                        (5T)/48

Hari untuk siapkan sendiri = 48/5    = 9 3/5  hari  =  9.6 hari  

Betulllll.Alhamdulilah...
Soalan 3

Uhhh.Soalan ni pening memikirkan nya ..tak de idea...nak buat persamaannya..

Hari dah malam..tidurlah dulu. 

Ambil masa jugak buat soalan 3 ni.Banyak kertas guna.Tak dapat-dapat..akhirnya dapat jugak

Secara ringkas - cara saya

Sebab B,C tolong A maka hari kerja mereka (B & C ) sama katakan y.
Sementara masa kerja A ,katakan x jadi

(Tx)/20   + (Ty)/30  + (Ty)/60   = T   di mana T adalah tugasan

Diringkaskan jadi 

x + y = 20        ------ (1)

Macam mana hubungan x dan y ?

Kadar kerja si C = 3 kali kadar kerja si A

Aku ringkaskan jalan kerjanya 

T/y   = 3 (T/x)

1/y = 3/x

x = 3y     ------ (2)

Ganti (2) dalam (1)

x + y = 20

3y + y = 20 
4y = 20
 y = 5

x = 3y = 3 x 5 = 15 hari

Aku tengok jawapan 15 hari...betul  ...cuma jalannya berbeza.Tiap orang mungkin caranya berbezakan bila selesaikan.bergantung konsep yang digunakanlah.

Soalan 4

Dah banyak kali coba ..4 , 5 helai kertas digunakan..tapi tak dapat-dapat.Naik panas otak ku dibuatnya.Baca cara huraian jawapannya - pening jugak memahamkannya....

Coba lagi selepas gagal beberapa kali

Kecekapan kerja A = x 
Kecekapan kerja B = 3x 

A lebih pantas buat kerja

3x - x = 60 hari

2x = 60

x = 30

Jadi untuk tugasan/kerja yang sama 

A ambil masa 30 hari
B ambil masa 90 hari

maka  A  kadar kerja untuk tugasan(T) = T/30
            B  kadar kerja untuk tugasan(T) = T/90

Jika mereka bersama-sama buat maka kadar kerja mereka

( A + B ) = (T/30)  + (T/90) = (4T)/90    setelah dipermudahkan

Untuk kira masa ( t ) yang diperlukan untuk kedua-dua siapkan tugasan (T) guna formula nilah

T =  ( kadar kerja (A + B ) )  X t ( masa siapa  bersama-sama )

T =  (4T)/90 X t

Permudahkan

t = 90 /4 hari = 22 1/2 hari = 22.5 hari 

Jawapannya 22.5 hari . Berjaya setelah gagal beberapa kali ..... 

Soalan 5

Belum coba ..Tapi dah baca .Macam susah juga nak membuatnya...

Keadaan 1 ( sekadar suka-suka ! )

Katakanlah sebelum kerja kita dengar pekerja-pekerja tu berbual macam ni

Kata En B kepada En A " En A ..aku tau engkau keja cepat sikit dari aku ..lagi pun aku tak berapa tau nak kira-kira sangat, yang aku tau kira bagi tau lah..cam ni ..kita bagi sama rata ajelah lepas siap .boleh tak ?.Jawab si A " Aku tak kisah .. lebih kurang aje lah .kira halal aje ".
Datang Si C , katanya " Boleh joint tak ..pasal gaji .tak kisah .terpulang pada kau semua..'

Lepas kerja masing-masing puas hati dapat lebih kurang  Rs 1066

Masing-masing tak merungut dan suka !

Kalau anda jadi Cikgu atau Pemeriksa Kertas Periksa , jumpa jawapan macam ni .Nak bagi markah ke tidak ?

Kalau aku - bagilah sikit..sekurang-kurangnya murid tu tau membahagikan... hheeee.

Keadaan 2 

Semua pekerja tu tau Matematik .Masing-masing tak mau lebih kurang...nak adil katakan

Jadi kenalah kira ikut apa yang mereka pelajari

Katakan tugasan atau kerja yang dibuat tu T.Mungkin T kg , T meter persegi dan sebaginya

Jadi jumlah tugasan mereka dalam 3 jam

(T/6)3   + (T/8)3 + c(3)  = T     di mana c kadar kerja si C.

Coba permudahkan ni , jadi

c = T/24

Jika dibandingkan kadar kerja ketiga-tiga pekerja

A       B       C

T/6    T/8    T/24

T/6 : T/8 : T/24

= 1/6 : 1/8 : 1/24   ( kali semua dengan 24 , untuk mudahkan ..boleh ni sebab masih boleh untuk perbandingan )

= 4 : 3 : 1

Jadi gaji untuk si C =      1             x   Rs 3200   = ( 1/8 ) X Rs 3200 = Rs 400
                                        ------------
                                       ( 4 + 3 + 1)

Alhamdulilah ..jawapannya Rs 400.

Semua pekerja puas hati....                                  

Sebenarnya dari aktiviti 'suka-suka' ni ada beberapa pengajaran buat renungan

1. Pertama - bersyukurlah kita , jika telah berumur tapi keupayaan akal masih boleh berfikir untuk menyelesaikan masalah , pelbagai masalahlah...itu pun satu nikmat Allah kan.

Ajaib akal kita ni ..walaupun puluh tahun dahulu kita belajar sesuatu perkara tapi masih boleh kita ingat.Tidakkah itu satu tanda Kebesaran Yang Maha Kuasa!

2. Tiap masalah baik matematiknya dan masalah harian lain - 'Jalan Penyelesaian ' nya ada banyak carakan.Tapi hasilnya sama terutamanya dalam masalah matematik.

3. Dalam Matematik - untuk dapat jawapan yang tepat, 'semuanya' mesti betul ..kalau salah sikit.Jawapan pun salah jugak !

4. Dalam menyelesaikan masalah Matematik atau masalah hidup harian kita - bila buat bukan terus berjaya .Kadang-kadang 2, 3 kali coba ..baru berjaya.

Jadi sifat jangan putus asa perlu ada untuk berjaya.

5. Kadang-kadang masalah kiraan " masa dan kerja" pun kita dah panas otak berfikir untuk menyelesaikannya kecualilah genius!

Bayangkan kiraan melibat keseimbangan nyamuk-nyamuk , burung-burung yang terbang ,bintang-bintang dan segala yang ada di langit..semuanya dalam keadaan pada tempatnya tidak berlanggar dan sebaginya.Kalu kita renungkan ..oh  Maha Hebat Allah menjadikan sehingga formula keseimbangannya susah kita kira.Ada sapa boleh tunjuk formula keseimbangannya supaya semua tak berlanggar ?Semua tak berlanggar...

6. Dan last sekali - kalau masih ingat jalan penyelesaian soalan-soalan Matematik dalam usia begini bolehlah kalu pencen nanti buat - Tiusyen ye...hhhhheeee.sajeeee.

7. Untuk anak-anak - jangan putus asa.Selalu mencoba bila buat Matematik..gagal...gagal ..berjaya...gagal..berjaya
begitulah bila belajar matematik.

Mula-mula bila pereksa mungkin dapat markah , biasa kita dengar 'cukup makan'. Jangan putus asa ..usaha lagi ..lepas tu ..bila pereksa .. dapat markah ' kenyang'  ..usaha lagi ..baru dapat ' sangat kenyang' ( Pangkat A !).Betul tak ?

Oooo..sudah 2 hari - site tak dapat kerja .Sebab ? Hujan lebat di pantai timur...Oh ye .terfikir aku
- macam mana ye kiraan untuk kuantiti hujan disesuatu kawasan ?Cobalah nak tau...bagus juga topik ni kan...


Jumpa lain kali .T.kasih



Wassalam

Mohamed




Monday, December 2, 2013

Pelbagai Soalan Buat Suka-suka & Belajar

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat dan sejahtera bersama isteri/suami/anak-anak/ibu/kawan dan sebaginyalah..

Entah...tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu ..suka subject Matematik ..terfikir aku nak coba-coba buat soalan yang aku minat dulu ..yalah sebagai mengingati zaman sekolah dulu...sambil check dan test ingatan kitakan.Boleh ingat lagi ke setelah tutup buku sekolah tu..sambil nak tau keupayaan otak kita ingat dalam usia begini.

Setelah hampir puluhan tahun tak buat Matematik ingat tak keupayaan kita menjawab soalan ?Sambil nak tau 'keupayaan otak' kita dalam usia begini ?

Jadi coba-coba cari bahan soalan tu -- Oooo dapat.Nak tau layari


Web ni bagus - bukan Matematik aje , tapi pelbagai tajuk.Cobalah tengok .Boleh tunjuk/share dengan sapa-sapa anak/isteri/kawan dan sebagainya.

Bagi anak-anak yang ambil civil coba layari ni



U Tube di bawah sekadar untuk melihat keadaan cabaran yang dihadapi oleh pendaki-pendaki gunung 
di New Zealand - sambil lihat keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.




Selamat mencoba.Semoga berfaedah dan tak sia-sia melayari blog ni.

Wassalam

Mohamed



Sunday, December 1, 2013

Safety - Perlu Kiraan !

Assalammualaikum

Waktu dah jam 5.30 pm.Biasalah penat setelah sehari suntuk dengan pelbagai 'tugasan'....
Macam-macamlah tugasan - hal-hal crane tower , cidb , kesihatan pekerja ...dan sebagainya.

Bila saya perhati kerja safety ni - sebenarnya ia melibatkan atau berkaitan pelbagai 'ilmu' yang kita belajar masa kat sekolah , U dan sebagainya.

Kadang-kadang apa yang kita belajar masa SRP , SPM ..semuanya berfaedah .Contohnya konsep - keseimbangan objek , momentum ..dan macam-macam lagilah.Betul tak setiap sesuatu yang berlaku memang ada kiraannya atau 'formulanya'.

Contohnya - objek yang dilontar , objek yang berayun , objek berlanggar...semua ada kiraannya.

Kiraan atau formulanya kadang-kadang mudah difaham ..tapi kadang-kadang 'semput' fikiran kita nak faham..contohnya cam di bawah ni.

Ini sebahagian kiraan yang di buat oleh 'Jurutera Profesional' berkenaan Tower Crane.


Boleh paham ?- Kalu paham memang... ada bakat jadi P.E. 
Kalau tak paham ? Ya tengok buku lagi atau sambung belajar lagi ..hhheeeee.



Nota - Contoh ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan motivasi sahaja.


Macam gambar atas ni - tentulah ada kiraannya , menjadikan ia SEIMBANG dan SELAMAT digunakan.



U-Tube ni contoh di mana hendak SELAMAT memang ada perkiraannya.
Membuat 'perkiraan' merupakan satu USAHA kita supaya kerja/proses  yang dijalankan dalam keadaan Selamat (Engineering Control ! - salah satu kaedah untuk elakkan kemalangankan....). 

Ini lah cara ku hilangkan kepenatan kerja dan sambil tu buat anak-anak kita dan sapa-sapa yang sudi baca blog ni.Semoga tak sia-sia dan berfaedahlah...


Wasssalam
Mohamed



Thursday, November 28, 2013

Jacking For Tower Crane

Assalammualaikum

Hari ni khamis...esok cuti.

Terfikir tak anda - macam mana Tower Crane yang dipasang di bangunan-bangunan tinggi tu ditambah tiangnya ( Mast ).Makin tinggi ..bangunan tu dibina ...makin tinggi jugak Tower Crane ni....Cam ne di tambah bahagian tiangnya ( mast ) ?.

Sebelum dinaikkan ..cam biasa aku search di alam maya..manalah tau ada gambaran ia dijalankan..
Maklumlah tak pernah tengok sebelum ni...

Alhamdulilah ..ada satu U Tube ..menayangkan cam ne ia dijalankan..

Nak tau layari U-Tube di bawah ni


Sekurang-kurangnya ia jadi panduan keselamatankan....

Semoga ia selamat dijalankan.Amin

Wassalam

Mohamed

Tuesday, November 26, 2013

Saat Gembira Dalam Kerja Hari Ini

Assalammualaikum


Semoga semuanya selamat..

Alhamdulilah ..hari ini salah satu hari yang mengembirakan dalam kerja harian ku.Kenapa agaknya ?

Luffing Crane ke 2 ( TC 2 ) selamat siap dipasang setelah 2 hari dijalankan kerja-kerja pemasangan.

Memang dalam kerja memang ada saat-saat yang menyeronokkan .Disite perkara-perkara yang menyeronokkan

1. Bila lepas kerja - tak ada kemalangan.
2. Lepas meeting bulanan selesai
3. Bila masalah kritikal kerja dapat diselesaikan..

Yalah..masa berkerja , sambil cari rezeki tentu ada yang mengembirakan...
Kalau 'stress' aje pun masalah jugakan..

Memanglah kerja mendebarkan bila kena monitor kerja-kerja melibatkan kren..lebih-lebih lagi jika beban yang diangkat berat dan bahaya !

Paham-paham ajelah risikonya ....

Nak tengok sebahagian kerja tu ...macam di bawah nilah..


Bahagian terakhir boom Luffing Crane (berat lebih kurang 4 ton ni ! .Saiznya lebih kurang 50m x 1.5m x 1.5 m ) diangkat gunakan - Crawler Crane dan Tower Crane (TC1) yang telah dipasang dulu...


Langkah keselamatan penting - pastikan tiada pekerja berdekatan tempat ni..bimbang jugakan..


Dengan perlahan-lahan ..digerakan hampir dengan tempat sambungan boomnya...Sungguh mendebarkanlah saat-saat cam ni...Tuhan ajelah yang tau hati ni...


Pekerja terlatih dari sub con yang dilantik menyambungkan ke bahagian kren tu..


Siap di pasang..Alhamdulilah.Alhamdulilah....



TC 1...
Terima kasih kerana membantu sahabat baru mu
Kamu dah dapat kawan..namanya TC2
Kerjalah dengan tekun
Angkat jangan lebih-lebih..
Ikut kemampuan kamu
Hati-hati..jangan berlaga pulak tangan mu
Semoga selamat
Hingga kesatu waktu
Aku pun begitu.

Wassalam

Mohamed
Terengganu



Sunday, November 24, 2013

Macam mana ya kerja di laut .... ?

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat..

Cam ne kerja sekarang ? Masing-masing ada jawapan sendiri...

Macam saya - biasalah dah nama kerja di kawasan pusat bandar Kuala Terengganu..aku kadang-kadang 'tersenyum sendiri' dengan keadaan persekitaran kerja sekarang

..tempat kerja agak unik sikit bandingkan tempat kerja ku yang lepas-lepas....  sekarang ..depan site ada surau....seberang jalan bank-bank..Maybank...CIMB bank ..Agrobank...Tabung Haji...Restoran...kedai buku...Farmasi ...Maxis ..Celcom  ...semua ada ...supermarket..bus station...hotel.... Nama kedai makan ..wooo cukup banyak...

Pendek kata macam-macam ada ..Itu pun satu rahmat juga ya .Alhamdulilah..

Kadang-kadang terfikir aku ..cam ne ye orang keja kat laut tu ....tak bosan ke...

Coba-cobalah cari web/blog berkenaan kehidupan di laut tu..terjumpa..alaaaa sekadar nak tau aje...manalah tau satu info baguskan....

Coba layari ni ..dan bandingkan keadaan kerja ..keadaan orang cari rezeki  yang tinggalkan anak isteri di darat


Kisah kehidupan di laut ..

Wassalam

Mohamed
Tengganu





Wednesday, November 20, 2013

Pengurusan Pembinaan ...

Assalammualaikum.

Harap semuanya sihat.Hari ni ..sepanjang hari hujan...maklumlah musim tenkujuh.

Macam biasa ..sambil-sambil buka Internet..cari info berkenaan pengurusan pembinaan.

Terjumpa info bagus berkenaan - pengurusan pembinaan yang bagus untuk meningkatkan pengetahuan kita dalam kerja-kerja projek pembinaan.

Nak tau lebih lanjut layari


Rasanya banyak isu dan info di muatkan.

Bagi saya bagus ..sebab tu saya save dalam blog ni buat rujukan sapa yang minat.

Wasssalam

Mohamed
K.Terengganu.