Tuesday, December 31, 2013

Load Chart - Crane !

Assalammualaikum

Semoga semuanya selamat ...esok 1 hb Jan. 2014.... Tahun Baru !

Oh ya .. dulu pernah aku kata - Nak selamat memang ada ' kiraannya '..

Begitu jugalah aktiviti di tapak , terutamanya penggunaan mobile crane dan lain-lain.

Masing-masing dah tau bahaya atau hazardnya...dalam berita , tv , s.khabar , metro dsb.

Elok kita dengar ceramah berkenaan bagimana membaca 'Load Chart' untuk crane..dari sumber yang boleh kita yakini seperti di bawah ni.



Harap dapat info yang bagus untuk kerja di site atau di mana saje.

Wassalam - bersambung

Mohamed



Monday, December 30, 2013

Scaffolding !

Assalammualaikum dan Selamat Petang

Harap semuanya OK lah..

Penat lepas kerja ni...yalah kerja di construction...

Sebut pasal tapak bina , biasa dan tak lari sebut pasal 'scaffolding' - salah satu pekakasan yang mustahak untuk tapak bina terutamanya dalam pembinaan bangunan samaada rendah atau tinggi...

Berikut beberapa info dari U-Tube berkenaan Scaffolding - mungkin berguna buat anda !





Masing-masing tahu bahawa terdapat panduan berkenaan Scaffolding yang dikeluarkan oleh pihak JKKP.
Untuk maklumat lanjut sila layari


Rasanya - untuk hari ini.itu saja

Wassalam

Mohamed
Tengganu

Saturday, December 28, 2013

Melawat Kota Baharu !

Assalammualaikum

Semuanya diharap sihat bersama keluargalah....

Hujung minggu lepas - sempat aku jalan-jalan ke Kota Baharu.Maklumlah ..belum pernah sampai sebenarnya sebelum ni.

Bagaimana keadaannya ? Secara ringkas sebuah bandar yang pesat membangun juga seperti bandar-bandar lain di Malaysia.

Ternampak jugak "luffing crane" yang sedang beroperasi buat hotel yang tinggi....tanda adanya kemajuan sesebuah bandarkan.

Adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil, tapi tak sempat nak masukkan.

Cuma - di bawah ni gambaran Kota Baharu...betullah seperti dalam U Tube ni




Sempat aku melawat Pasar ni ! Popular dikalangan pelawat yang datang ke Kelantan.



Mohd Hanif
Sekadar Hiasan - Anak-anak di Kota Baharu.

Yalah - sambil kerja di Tengganu, ambillah kesempatan melawat kesana.Kata orang sambil tambah pengalaman dan pengetahuan.

Pengetahuan tak semestinya masa kerja tapi sambil jalan-jalan pun boleh tingkatkan pengetahuan kita untuk kerja , kerjaya , pelajaran , keluarga dan sebagainya.

Wassalam - Bersambung

Mohamed

Tuesday, December 24, 2013

Nota-Nota Pembinaan - Kerja Permulaan !

Assalammualaikum

Harap sihat semua..

Dah lama aku tak kemaskinikan blog ni...

Masa ni ramai pelajar politeknik buat pratikal di site .Aku pun pinjam Laporan Latihan Pratikal mereka.Sebenarnya sambil aku kerja ..ada masa aku buat catatan pasal 'pembinaan' , kata orang sambil menyelam ..minum air sikit....Kalau dah puas kerja safety boleh coba construction pulak.

Catatan berkenaan topik ..


Kerja-Kerja Permulaan Pembinaan

1. Pengenalan - kerja awal yang perlu kontraktor sediakan.

2. Papan tanda projek
3. Insuran dan Bon Perlaksanaan
4. Pejabat tapak
5. Pagar sementara
6. Laluan dan jalan sementara
7. Laporan kemajuan kerja
8. Pengawal keselamatan
9. Program kerja
10. Penyiasatan tapak
      a. Tinjauan tapak
      b. Penyelidikan tanah
      c. Objektif penyelidikan tanah
      d. Keperluan sebelum perlaksanaan penyelidikan tanah
          - Peta geologi
          - Rekod perlombongan jika ada
          - Kemudahan sesalur ( kabel , telefon, air dll )
          - Laporan kajicuaca
          - Paras air tanah
          - Pelan kawasan yang lama
          - Gambar udara
 11. Perlaksanaan penyelidikan tanah
 12. Pembersihan tapak
 13. Menggali lubang cetek - utk meneliti strata tanah
 14. Jenis-jenis ujian tanah
       a. Gerekan Gerimit
       b. Gerimit Tangan
       c. Gerimit Mekanik
       d. Proba Mackintosh 
       e. JKR Proba

Nota ni aku buat ringkas aje - nak tau lebih lanjut boleh search Internet kan...sekurang-kurang sebagai peta untuk berfikir !



Video - Sekadar Hiasan dan Buat Tambah Pengetahuan !

Bersambung

Mohamed







Tuesday, December 17, 2013

Panjat Tower Crane !

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat..

Aku yang dulu-dulu , tak pernah rasa memanjat Tower Crane yang pernah aku lihat sekitar JB, KL dan lain-lain tempat.Pasal tak de peluang !

Tapi sekarang - depan mata aku , lagi pun aku kena jaga jentera tu ..pastikan ianya selamat diguna !

Jadi walaupun orang tak de suruh panjat ..aku beranikan diri panjat Tower Crane yang dah di pasang.'Takut kempunan' tak rasa macam mana kalau naik di Tower Crane tu..

Rasanya - ada lah sedikit goyang.. mula-mula takut sikit..lama-lama biasa aje..kemudian seronok...




Ya kadang-kadang tu sebab kerja - kita perlu 'rasai' sendiri ..tak boleh tengok dari jauh aje..bukan nak cari bahaya ...cuma rasanya perlu supaya kita lebih tahu ..itupun 'knowledge' jugak dan 'pengalaman'.

Tapi panjat macam U-Tube di bawah ni lagi mencabar ya


Beginilah orang cari rezeki , kadang-kadang pertaruhannya nyawa!

Tapi yakinlah - berusaha , berdoa dan bertawakal.Minta pada Allah ..semoga selamat !

Wassalam - bersambung

Mohamed
Tengganu


Sunday, December 15, 2013

Pelajar-Pelajar Baru Buat Pratikal !

Assalammualaikum

Harap semua sihat, dah lama tidak kemaskinikan blog ni - maklumlah tumpukan sekejap dengan blog Matematik ! Yalah buat anak-anak kita masa cutilah...

Blog Matematik ku



Macam biasa site ku menerima kehadiran pelajar baru dari Politeknik...9 orang semuanya !

" Selamat Datang Semua ! "

Berhati-hati bila di site ya ....Kat mana-mana ada bahayakan.

Gambar mereka seperti di bawah -untuk kenangan merekalah.




Nampak semua rajin-rajin belaka ...

Belajar betul-betul ..semoga berjaya.Tak tau tanya Engineer ...jangan diam aje , nanti tak tau apa !

Bersambung

Wassalam

Mohamed

Wednesday, December 4, 2013

Kalkulator Hujan !

Assalammualaikum

Hari dah malam... semasa penulisan pada post yang lepas ..berkenaan ..daya ingatan kita ...

Saat tu ..memandangkan sekarang musim tenkujuh ..hujan siang malam.Dah 2 hari ..pekerja di site - tak kerja...reda ajelah ..dah begini keadaan alam.Jangan mengeluh ..

Tiba-tiba teringin nak tau - macam mana kira kuantiti hujan yang diterima di satu kawasan..

Macam biasa ..aku coba tanya Pak Cik 'goggle' ..nak tau coba layari web di bawah ni


Sambil tu tengok U Tube ni berkenaan 'Hujan'


Berikut info macam mana kira kuantiti hujan yang di terima disesuatu kawasan.

Sumber - Internet !

Calculating Rainwater Available for Collection 

Rainwater can be captured from any impermeable surface such as a driveway, a patio or a roof. 
The amount of rainwater collected will depend on the size of the collection area. Believe it or 
not, for every inch of rain that falls on a catchment area of 1,000 square feet, you can expect to 
collect approximately 600 gallons of rainwater. Ten inches of rain falling on a 1,000 square foot 
catchment area will generate about 6,000 gallons of rainwater! That's right, 6,000 gallons! More 
than you were expecting, right? 


To determine what you might collect: 

1. First, determine the size of the collection area in square feet by multiplying the length by the 
width. For example, if the roof of my house is 20’ by 80’, then the size of the area is 1600 
square feet. 

20’ x 80’ = 1600 sq. feet 

2. Since, for every inch of rainfall, we can expect to collect 600 gallons on 1000 square feet of 
collection area, that means that every square foot of roof will collect 0.6 gallons of rainwater 
for every inch of rain that falls (1000 / 6oo = 0.6). 

3. To calculate how much rainfall will collect on each square foot of my roof over the entire 
rainy season, multiply the amount collected per inch of rainfall, 0.6 gallons, by the total 
number of inches of rainfall during the rainy season (the 30-year average in Santa Rosa is 
29”). 

29” x 0.6 gallons = 17.4 gallons per square foot 


4. Then, to calculate the number of gallons I will collect on entire my roof, I multiplying the 
total roof area of 1600 square feet by 17.4 gallons. 

1600 x 17.4 =27,840 gallons  

Nearly 28,000 gallons of water each year pours off every roof in the County. Imagine all that 
rainwater going down the storm drains into the Bay! Imagine, instead, all that water going into 
our gardens and percolating into the aquifer. Or watering our drought-tolerant landscapes.


Inilah masa yang sesuai kita belajar sambil ambil pengajaran dan memahami fenomena alam yang biasa kita hadapi - hujan ..terutamanya di musim tenkujuh.

Allah jadikan sesuatu semoga jadi renungan semoga jadi pedoman hidup kita.

Jumpa lagi

Wassalam

Mohamed