Thursday, November 28, 2013

Jacking For Tower Crane

Assalammualaikum

Hari ni khamis...esok cuti.

Terfikir tak anda - macam mana Tower Crane yang dipasang di bangunan-bangunan tinggi tu ditambah tiangnya ( Mast ).Makin tinggi ..bangunan tu dibina ...makin tinggi jugak Tower Crane ni....Cam ne di tambah bahagian tiangnya ( mast ) ?.

Sebelum dinaikkan ..cam biasa aku search di alam maya..manalah tau ada gambaran ia dijalankan..
Maklumlah tak pernah tengok sebelum ni...

Alhamdulilah ..ada satu U Tube ..menayangkan cam ne ia dijalankan..

Nak tau layari U-Tube di bawah ni


Sekurang-kurangnya ia jadi panduan keselamatankan....

Semoga ia selamat dijalankan.Amin

Wassalam

Mohamed

Tuesday, November 26, 2013

Saat Gembira Dalam Kerja Hari Ini

Assalammualaikum


Semoga semuanya selamat..

Alhamdulilah ..hari ini salah satu hari yang mengembirakan dalam kerja harian ku.Kenapa agaknya ?

Luffing Crane ke 2 ( TC 2 ) selamat siap dipasang setelah 2 hari dijalankan kerja-kerja pemasangan.

Memang dalam kerja memang ada saat-saat yang menyeronokkan .Disite perkara-perkara yang menyeronokkan

1. Bila lepas kerja - tak ada kemalangan.
2. Lepas meeting bulanan selesai
3. Bila masalah kritikal kerja dapat diselesaikan..

Yalah..masa berkerja , sambil cari rezeki tentu ada yang mengembirakan...
Kalau 'stress' aje pun masalah jugakan..

Memanglah kerja mendebarkan bila kena monitor kerja-kerja melibatkan kren..lebih-lebih lagi jika beban yang diangkat berat dan bahaya !

Paham-paham ajelah risikonya ....

Nak tengok sebahagian kerja tu ...macam di bawah nilah..


Bahagian terakhir boom Luffing Crane (berat lebih kurang 4 ton ni ! .Saiznya lebih kurang 50m x 1.5m x 1.5 m ) diangkat gunakan - Crawler Crane dan Tower Crane (TC1) yang telah dipasang dulu...


Langkah keselamatan penting - pastikan tiada pekerja berdekatan tempat ni..bimbang jugakan..


Dengan perlahan-lahan ..digerakan hampir dengan tempat sambungan boomnya...Sungguh mendebarkanlah saat-saat cam ni...Tuhan ajelah yang tau hati ni...


Pekerja terlatih dari sub con yang dilantik menyambungkan ke bahagian kren tu..


Siap di pasang..Alhamdulilah.Alhamdulilah....



TC 1...
Terima kasih kerana membantu sahabat baru mu
Kamu dah dapat kawan..namanya TC2
Kerjalah dengan tekun
Angkat jangan lebih-lebih..
Ikut kemampuan kamu
Hati-hati..jangan berlaga pulak tangan mu
Semoga selamat
Hingga kesatu waktu
Aku pun begitu.

Wassalam

Mohamed
Terengganu



Sunday, November 24, 2013

Macam mana ya kerja di laut .... ?

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat..

Cam ne kerja sekarang ? Masing-masing ada jawapan sendiri...

Macam saya - biasalah dah nama kerja di kawasan pusat bandar Kuala Terengganu..aku kadang-kadang 'tersenyum sendiri' dengan keadaan persekitaran kerja sekarang

..tempat kerja agak unik sikit bandingkan tempat kerja ku yang lepas-lepas....  sekarang ..depan site ada surau....seberang jalan bank-bank..Maybank...CIMB bank ..Agrobank...Tabung Haji...Restoran...kedai buku...Farmasi ...Maxis ..Celcom  ...semua ada ...supermarket..bus station...hotel.... Nama kedai makan ..wooo cukup banyak...

Pendek kata macam-macam ada ..Itu pun satu rahmat juga ya .Alhamdulilah..

Kadang-kadang terfikir aku ..cam ne ye orang keja kat laut tu ....tak bosan ke...

Coba-cobalah cari web/blog berkenaan kehidupan di laut tu..terjumpa..alaaaa sekadar nak tau aje...manalah tau satu info baguskan....

Coba layari ni ..dan bandingkan keadaan kerja ..keadaan orang cari rezeki  yang tinggalkan anak isteri di darat


Kisah kehidupan di laut ..

Wassalam

Mohamed
Tengganu





Wednesday, November 20, 2013

Pengurusan Pembinaan ...

Assalammualaikum.

Harap semuanya sihat.Hari ni ..sepanjang hari hujan...maklumlah musim tenkujuh.

Macam biasa ..sambil-sambil buka Internet..cari info berkenaan pengurusan pembinaan.

Terjumpa info bagus berkenaan - pengurusan pembinaan yang bagus untuk meningkatkan pengetahuan kita dalam kerja-kerja projek pembinaan.

Nak tau lebih lanjut layari


Rasanya banyak isu dan info di muatkan.

Bagi saya bagus ..sebab tu saya save dalam blog ni buat rujukan sapa yang minat.

Wasssalam

Mohamed
K.Terengganu.


Monday, November 18, 2013

Musim Hujan Di Tapak !

Assalammualaikum

Harap semuanya sihat.

Seperti yang semua tahu , sekarang ni musim hujan....agak kerap jugak di K.Trg ni..musim tenkujuh !

Teringin aku lihat keadaan langit ketika musim tenkujuh di K.Terengganu dari bangunan tinggi berhampiran tapak bina.

Di bawah keadaan yang aku lihat...dari segi keselamatan penting jugak di awasi ...mujurlah kurang petir !






Ginilah keadaan sekitar tapak dan sekitar K.Tengganu ketika musim tenkujuh !

Laut tak nampak bila nak hujan macam ni ....

Awan jenis apa ni ? Dulu dah belajar tapi dah lupa...

Wassalam

Mohamed

Friday, November 15, 2013

Cara Hilangkan Stress ....

Assalammualaikum

Hari ni tak kerja...Terfikir aku apa perkara nak isi dlm blog ni...timbul idea dengan hal - stress !

Ini berdasarkan pemerhatian dari apa yang aku amatilah..terpulanglah kepada anda buat penilaian

Cara Nak Hilangkan Stress Kerja , Tugasan , dan sebagainyalah...

1. Dalam apa perkara pun - bekalan ilmu perlu untuk atasi masalah.Jadi pertingkatkan ilmu berkaitan dengan apa kerja , tugasan yang kena buat dan sebagainya.

Allah dah beritahu - nak dapatkan sesuatu dengan ILMU.

2. Plan Your Work , Work Your Plan...

Tidak dinafikan - rancang aktiviti kita dari segi keperluan - tenaga, wang , cara dan sebaginya.

3. Anggaplah MASALAH yang di hadapi sebagai satu PELUANG ...
Peluang meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah , kepayahan dan sebaginya.

4. Dapatkan MAKLUMAT dari sumber yang ada dihujung jari ..Internet !

Dari pengalaman masa lepas ku - banyak isu dapat dileraikan dengan mencari info di Internet.
Ini pun satu rahmat Allah jugakkan...

5. Teliti dan kenalpasti - dari segi KEUTAMAN TINDAKAN yang perlu diambil

" Sekarang !"
" Beberapa minit /jam /hari dari sekarang "

Sebenarnya pada setiap waktu ada kerja utama yang perlu dan mesti dibuat.Betul tak ?

Contoh - Bunyi azan zohor - pergilah sembahyang....

Ikut sajelah arahan yang Allah suruh..tu.

6. Lepas Sembahyang - apa yang elok dan patut buat - BERDOA semoga dipermudahkan masalah hidup semoga hilang stress...

7. Disekitar tempat kerja atau kediaman kita - tentu ada kemudahan yang disediakan untuk kurangkan stress atau tempat tenangkan jiwa - apa dia ?

Paling berkesan - Masjid ! Surau ... Rumah Allah....kat mana tempat yang paling layak buat cari ketenangan kat dunia ni ?

Jadi pergilah Masjid ....

8. Telinga kita tiap hari dengar macam-macam --- bos bagi arahan  , dengar berita tv , radio , bunyi kenderaan , kebisingan pasar .... leteran orang....lagu..dsb.

Semua tu OK ..dah namanya bunyi-bunyi dari kehidupan.Tapi apa bunyi atau suara yang elok kita dengar buat hilangkan stress - tentunya nasihat atau majlis ilmu terutamanya di rumah-rumah Allah...

Ucapan ulamak adalah ucapan 'pewaris Nabi '....

9. Buatlah apa aktiviti yang berkaitan dengan Islam sebab kita pernah dengar - Jika kita tolong Allah , maka Allah akan tolong kita.

Contoh paling mudah - share info bagus dalam FB kita , like info bagus sebagi tanda sokongan , derma , nasihat-nasihat dan sebagainya yang tidak menyalahi agama.

10 Satu cara lagi tengok keindahan alam sekitar kita - boleh juga kurangkan stress.

Tengok keindahan alam , melihat dengan mata hati ciptaan Allah...merenung kekuasaanNya..
Sebab berfikir atau merenung kebesaran Allah pun Ibadat - mendekatkan diri kepadaNya



Itulah sikit sebanyak yang dapat aku tulis berkenaan - cara hilangkan stress samaada kerja dan sebagainyalah dalam kehidupan kita seharian.

Wassalam

Mohamed
Pulau Kambing
Tengganu



Thursday, November 14, 2013

Engineering Drawing

Assalammualaikum

Hari dah petang, jam dah pukul 6 ptg.

Jadi kebiasaan ku sebelum balik - belajar sikit-sikit berkenaan ilmu construction.

Dulu pernah saya kata - " Tak rugi tambah kemahiran ..."

Setelah bekerja di site menghampiri 8 bulan..terfikir aku pentingnya paham " Engineering Drawing "..kalu kita nak kerja di site ..kecualilah SHO...

Bagi ku sapa boleh paham dan boleh ' mengambarkan imej ' dari drawing .tak de masalah nak jadi Penyelia Tapak , Engineer , Project Manager , ....

Oh ya - ada satu web bagus pasal drawing ni ..dari A sampai Z..nak tau layari

www.slideshare.net

Web di atas untuk pelbagai topik.Untuk 'Engineering Drawing' layari web di bawah ni

http://www.slideshare.net/shameem.mist/engineering-drawing?from_search=1


Di samping tu dari U-Tube seperti di bawah ni




Pada anak-anak yang masih belajar di Politek , U dan sebagainya elok jadi rujukan..

Hari dah petang - esok pagi jumpa di Rusila..mudah-mudahan...

Wassalam

Mohamed

Wednesday, November 13, 2013

Formwork !

Assalammualaikum

Harap semuanya sihat...

Dah lama saya tak 'tulis' sesuatu dalam blog ni...

Sekarang di tapak ..banyak kerja 'Formwork' ...

Apa tu 'formwork' - senang cerita kerja-kerja melibatkan membuat acuan tempat konkrit...itu dalam bahasa mudahlah..nak tau cobalah serch lebih lanjut dalam goggle ye.

Bila saya search ada satu web bagus khusus berkenaan kerja-kerja formwork di tapak bina.Nak tau lebih lanjut layari web berikut


Bagus untuk sesiapa yang berkerja atau belajar berkenaan 'construction'.

Sebahagian info dari Wekipedia - ginilah aku belajar kat site ...

Formwork and concrete form types[edit]

Formwork comes in several types:
  1. Traditional timber formwork. The formwork is built on site out of timber and plywoodor moisture-resistant particleboard. It is easy to produce but time-consuming for larger structures, and the plywood facing has a relatively short lifespan. It is still used extensively where the labour costs are lower than the costs for procuring reusable formwork. It is also the most flexible type of formwork, so even where other systems are in use, complicated sections may use it.
  2. Engineered Formwork System. This formwork is built out of prefabricated modules with a metal frame (usually steel or aluminium) and covered on the application (concrete) side with material having the wanted surface structure (steel, aluminum, timber, etc.). The two major advantages of formwork systems, compared to traditional timber formwork, are speed of construction (modular systems pin, clip, or screw together quickly) and lower life-cycle costs (barring major force, the frame is almost indestructible, while the covering if made of wood; may have to be replaced after a few - or a few dozen - uses, but if the covering is made with steel or aluminium the form can achieve up to two thousand uses depending on care and the applications).
  3. Re-usable plastic formwork. These interlocking and modular systems are used to build widely variable, but relatively simple, concrete structures. The panels are lightweight and very robust. They are especially suited for low-cost, mass housing schemes.
  4. Permanent Insulated Formwork. This formwork is assembled on site, usually out of insulating concrete forms (ICF). The formwork stays in place after the concrete has cured, and may provide advantages in terms of speed, strength, superior thermal andacoustic insulation, space to run utilities within the EPS layer, and integrated furring strip for cladding finishes.
  5. Stay-In-Place structural formwork systems. This formwork is assembled on site, usually out of prefabricated fiber-reinforced plastic forms. These are in the shape of hollow tubes, and are usually used for columns and piers. The formwork stays in place after the concrete has cured and acts as axial and shear reinforcement, as well as serving to confine the concrete and prevent against environmental effects, such ascorrosion and freeze-thaw cycles.


Untuk kali ni cukuplah.Jumpa lagi di lain masa

Wassalam
Mohamed

Wednesday, November 6, 2013

Jalan-Jalan Lepas Kerja !

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat...

Untuk hilangkan penat setelah kerja di site..aku meluangkan masa jalan-jalan di beberapa tempat menarik di Tengganu...berhijrah dengan matlamat 4P.Apa tu 4P ?  Pekerjaan - Pendidikan - Pelancongan - Perniagaan.


Di mana ni ? Jalan-jalan di Empangan Hydroletrik Tasik Kenyir...memang cantik


Keadaan sungai selepas melalui empangan tu..


Wooo..cantikkan Tasik Kenyir ni...


Hilang kepenatan kita kalu kat sini....




 " Allah
Peliharakanlah Terengganu "

Di Bukit Besar , Kuala Terengganu 

Begitulah yang tertulis

Elok jadi contoh di tempat-tempat lain.


Sebahagian Kuala Terengganu dari Bangunan Paya Bunga

Bersambung - hari dah malam

Wassalam
Mohamed



Sunday, November 3, 2013

Sapa Bercita-cita Nak Jadi P.E. ?

Assalammualaikum

Kalau saya perhatikan report-report di site , banyak sekali report-report diluluskan oleh
P.E. ( Professional Engineer ).

Terfikir aku apa kelayakan untuk jadi PE ni ?

Bukanlah maknanya aku sekarang bercita-cita nak jadi PE tu...dah terlambat En Mohd !Fikir lain ajelah...

Cumanya manalah tau ada anak-anak kita yang di sekolah ke ..yang di U  ke ..atau dah kerja kemudian bercita-cita nak jadi PE.

Macam biasa saya cuba cari info, hobi ku cari info ...

http://www.bem.org.my/v3/app_professional.html

Web berikut ni sekadar beberapa contoh PE - sekadar buat bahan motivasi buat anak-anak semua

http://www.aiengineers.com/corporate_team.html

Dan tentunya lebih HEBAT jika di tambah dengan kebolehan lain seperti
hafal Al-Quran ya....

Semoga ketemu di lain masa.

Wsssalam
Mohamed