Friday, November 15, 2013

Cara Hilangkan Stress ....

Assalammualaikum

Hari ni tak kerja...Terfikir aku apa perkara nak isi dlm blog ni...timbul idea dengan hal - stress !

Ini berdasarkan pemerhatian dari apa yang aku amatilah..terpulanglah kepada anda buat penilaian

Cara Nak Hilangkan Stress Kerja , Tugasan , dan sebagainyalah...

1. Dalam apa perkara pun - bekalan ilmu perlu untuk atasi masalah.Jadi pertingkatkan ilmu berkaitan dengan apa kerja , tugasan yang kena buat dan sebagainya.

Allah dah beritahu - nak dapatkan sesuatu dengan ILMU.

2. Plan Your Work , Work Your Plan...

Tidak dinafikan - rancang aktiviti kita dari segi keperluan - tenaga, wang , cara dan sebaginya.

3. Anggaplah MASALAH yang di hadapi sebagai satu PELUANG ...
Peluang meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah , kepayahan dan sebaginya.

4. Dapatkan MAKLUMAT dari sumber yang ada dihujung jari ..Internet !

Dari pengalaman masa lepas ku - banyak isu dapat dileraikan dengan mencari info di Internet.
Ini pun satu rahmat Allah jugakkan...

5. Teliti dan kenalpasti - dari segi KEUTAMAN TINDAKAN yang perlu diambil

" Sekarang !"
" Beberapa minit /jam /hari dari sekarang "

Sebenarnya pada setiap waktu ada kerja utama yang perlu dan mesti dibuat.Betul tak ?

Contoh - Bunyi azan zohor - pergilah sembahyang....

Ikut sajelah arahan yang Allah suruh..tu.

6. Lepas Sembahyang - apa yang elok dan patut buat - BERDOA semoga dipermudahkan masalah hidup semoga hilang stress...

7. Disekitar tempat kerja atau kediaman kita - tentu ada kemudahan yang disediakan untuk kurangkan stress atau tempat tenangkan jiwa - apa dia ?

Paling berkesan - Masjid ! Surau ... Rumah Allah....kat mana tempat yang paling layak buat cari ketenangan kat dunia ni ?

Jadi pergilah Masjid ....

8. Telinga kita tiap hari dengar macam-macam --- bos bagi arahan  , dengar berita tv , radio , bunyi kenderaan , kebisingan pasar .... leteran orang....lagu..dsb.

Semua tu OK ..dah namanya bunyi-bunyi dari kehidupan.Tapi apa bunyi atau suara yang elok kita dengar buat hilangkan stress - tentunya nasihat atau majlis ilmu terutamanya di rumah-rumah Allah...

Ucapan ulamak adalah ucapan 'pewaris Nabi '....

9. Buatlah apa aktiviti yang berkaitan dengan Islam sebab kita pernah dengar - Jika kita tolong Allah , maka Allah akan tolong kita.

Contoh paling mudah - share info bagus dalam FB kita , like info bagus sebagi tanda sokongan , derma , nasihat-nasihat dan sebagainya yang tidak menyalahi agama.

10 Satu cara lagi tengok keindahan alam sekitar kita - boleh juga kurangkan stress.

Tengok keindahan alam , melihat dengan mata hati ciptaan Allah...merenung kekuasaanNya..
Sebab berfikir atau merenung kebesaran Allah pun Ibadat - mendekatkan diri kepadaNya



Itulah sikit sebanyak yang dapat aku tulis berkenaan - cara hilangkan stress samaada kerja dan sebagainyalah dalam kehidupan kita seharian.

Wassalam

Mohamed
Pulau Kambing
Tengganu



No comments:

Post a Comment