Tuesday, December 3, 2013

Suka-Suka Aje & Test Ingatan Kita...

Assalammualaikum Semua

Harapan kita semuanya 'Selamat Hari Ini'.Alhamdulilah kalu gitu...

Oh ye...aku belum sempat coba buat soalan untuk test daya ingatan kita..Maklumlah sibuk sikit.Yalah tak kan nak jawap soalan tu tiap masa.

Soalannya - Apa tajuk yang sesuai ye ?Bila aku teliti tajuk-tajuk matematik dari laman web tu , rasanya sesuai tajuk berkenaan ' masa dan kerja '.Sebab ada kaitan dengan kerja kita hari-hari.

Aku tak pilih-pilih.Mari kita buat soalan ni..

1. 
A can do a work in 15 days and B in 20 days. If they work on it together for 4 days, then the fraction of the work that is left is :
A.
1
4
B.
1
10
C.
7
15
D.
8
15

2. 
A can lay railway track between two given stations in 16 days and B can do the same job in 12 days. With help of C, they did the job in 4 days only. Then, C alone can do the job in:
A.
91days
5
B.
92days
5
C.
93days
5
D.10

3. 
A, B and C can do a piece of work in 20, 30 and 60 days respectively. In how many days can A do the work if he is assisted by B and C on every third day?
A.12 daysB.15 days
C.16 daysD.18 days

4. 
A is thrice as good as workman as B and therefore is able to finish a job in 60 days less than B. Working together, they can do it in:
A.20 daysB.
221days
2
C.25 daysD.30 days

5. 
A alone can do a piece of work in 6 days and B alone in 8 days. A and B undertook to do it for Rs. 3200. With the help of C, they completed the work in 3 days. How much is to be paid to C?
A.Rs. 375B.Rs. 400
C.Rs. 600D.Rs. 800

Nak tau jawapannya buka laman ni 
Agak-agak boleh buat tak ? Aku pun tak pasti..
Bagi ku - aku ingin tahu sangat dalam usia begini .. mampu tak buat soalan ni.
Mudah-mudahan bolehlah ...tak pasti dapat berapa % test sendiri ni.Takut juga kalu dapat kosong ye ....
Sendiri cari soalan ..sendiri buat..sendiri tengok jawapan..Jangan tipu-tipu..hhheee
Selamat mencoba - semoga tak lupa ingatan kita dan berjaya.
Wassalam
Mohamed
Tengganu

Soalannya agak mencabar juga..aku coba macam ni

Soalan 1

Aku bayangkan kadar kerja A dan B mestilah sama bila mereka kerja sendirian atau bersama

Katakan tugasan tu T

Kadar  kerja si A = T/15

Kadar kerja si B = T/20

Bila mereka bersama siapkan tugasan T tu dalam masa 4 hari berapa kuantiti kerja mereka ?

Kuantiti kerja selama 4 hari =  (4T)/15   + (4T)/20  = (7T)/15  -----   7  bahagian dari 15 bahagian !

Jadi tugasan yang belum diselesaikan mestilah  8 dari 15 .

Jadi jawapannya = 8/15

Bila aku tengok jawapannya ...betullllll.. Woooo...

Dalam usia begini Allah masih beri keupayaan mengingat apa yang dipelajari dulu ..Alhamdulilah.

Soalan 2

Dengan gunakan konsep kerja yang sama...

Langkah 1 - cari kadar kerja pekerja C ni.

Kerja A + Kerja B + Kerja C = Tugasan (T)

Dalam masa 4 hari mereka siapkan rel keretapi tu (T) jadi

(4T)/16   + (4T)/12   + c(4)   = T               Dimana c adalah kadar kerja pekerja C

Permudahkan persamaan ni jadi

4c = (5T)/12

c  = (5T)/48

Jadi kalau si C ni buat sendiri ...nak borong sendiri katakan ..cari duit lebih !

Maka

Tugasan (T) = kadar kerja si C ni   X Hari kerja siapakan sendirilah  ...tak gitu ?

T = (5T)/48    x     Hari nak siapkan sendiri

Permudahkan jadi

Hari untuk siapkan sendiri =       T
                                                       ---------
                                                        (5T)/48

Hari untuk siapkan sendiri = 48/5    = 9 3/5  hari  =  9.6 hari  

Betulllll.Alhamdulilah...
Soalan 3

Uhhh.Soalan ni pening memikirkan nya ..tak de idea...nak buat persamaannya..

Hari dah malam..tidurlah dulu. 

Ambil masa jugak buat soalan 3 ni.Banyak kertas guna.Tak dapat-dapat..akhirnya dapat jugak

Secara ringkas - cara saya

Sebab B,C tolong A maka hari kerja mereka (B & C ) sama katakan y.
Sementara masa kerja A ,katakan x jadi

(Tx)/20   + (Ty)/30  + (Ty)/60   = T   di mana T adalah tugasan

Diringkaskan jadi 

x + y = 20        ------ (1)

Macam mana hubungan x dan y ?

Kadar kerja si C = 3 kali kadar kerja si A

Aku ringkaskan jalan kerjanya 

T/y   = 3 (T/x)

1/y = 3/x

x = 3y     ------ (2)

Ganti (2) dalam (1)

x + y = 20

3y + y = 20 
4y = 20
 y = 5

x = 3y = 3 x 5 = 15 hari

Aku tengok jawapan 15 hari...betul  ...cuma jalannya berbeza.Tiap orang mungkin caranya berbezakan bila selesaikan.bergantung konsep yang digunakanlah.

Soalan 4

Dah banyak kali coba ..4 , 5 helai kertas digunakan..tapi tak dapat-dapat.Naik panas otak ku dibuatnya.Baca cara huraian jawapannya - pening jugak memahamkannya....

Coba lagi selepas gagal beberapa kali

Kecekapan kerja A = x 
Kecekapan kerja B = 3x 

A lebih pantas buat kerja

3x - x = 60 hari

2x = 60

x = 30

Jadi untuk tugasan/kerja yang sama 

A ambil masa 30 hari
B ambil masa 90 hari

maka  A  kadar kerja untuk tugasan(T) = T/30
            B  kadar kerja untuk tugasan(T) = T/90

Jika mereka bersama-sama buat maka kadar kerja mereka

( A + B ) = (T/30)  + (T/90) = (4T)/90    setelah dipermudahkan

Untuk kira masa ( t ) yang diperlukan untuk kedua-dua siapkan tugasan (T) guna formula nilah

T =  ( kadar kerja (A + B ) )  X t ( masa siapa  bersama-sama )

T =  (4T)/90 X t

Permudahkan

t = 90 /4 hari = 22 1/2 hari = 22.5 hari 

Jawapannya 22.5 hari . Berjaya setelah gagal beberapa kali ..... 

Soalan 5

Belum coba ..Tapi dah baca .Macam susah juga nak membuatnya...

Keadaan 1 ( sekadar suka-suka ! )

Katakanlah sebelum kerja kita dengar pekerja-pekerja tu berbual macam ni

Kata En B kepada En A " En A ..aku tau engkau keja cepat sikit dari aku ..lagi pun aku tak berapa tau nak kira-kira sangat, yang aku tau kira bagi tau lah..cam ni ..kita bagi sama rata ajelah lepas siap .boleh tak ?.Jawab si A " Aku tak kisah .. lebih kurang aje lah .kira halal aje ".
Datang Si C , katanya " Boleh joint tak ..pasal gaji .tak kisah .terpulang pada kau semua..'

Lepas kerja masing-masing puas hati dapat lebih kurang  Rs 1066

Masing-masing tak merungut dan suka !

Kalau anda jadi Cikgu atau Pemeriksa Kertas Periksa , jumpa jawapan macam ni .Nak bagi markah ke tidak ?

Kalau aku - bagilah sikit..sekurang-kurangnya murid tu tau membahagikan... hheeee.

Keadaan 2 

Semua pekerja tu tau Matematik .Masing-masing tak mau lebih kurang...nak adil katakan

Jadi kenalah kira ikut apa yang mereka pelajari

Katakan tugasan atau kerja yang dibuat tu T.Mungkin T kg , T meter persegi dan sebaginya

Jadi jumlah tugasan mereka dalam 3 jam

(T/6)3   + (T/8)3 + c(3)  = T     di mana c kadar kerja si C.

Coba permudahkan ni , jadi

c = T/24

Jika dibandingkan kadar kerja ketiga-tiga pekerja

A       B       C

T/6    T/8    T/24

T/6 : T/8 : T/24

= 1/6 : 1/8 : 1/24   ( kali semua dengan 24 , untuk mudahkan ..boleh ni sebab masih boleh untuk perbandingan )

= 4 : 3 : 1

Jadi gaji untuk si C =      1             x   Rs 3200   = ( 1/8 ) X Rs 3200 = Rs 400
                                        ------------
                                       ( 4 + 3 + 1)

Alhamdulilah ..jawapannya Rs 400.

Semua pekerja puas hati....                                  

Sebenarnya dari aktiviti 'suka-suka' ni ada beberapa pengajaran buat renungan

1. Pertama - bersyukurlah kita , jika telah berumur tapi keupayaan akal masih boleh berfikir untuk menyelesaikan masalah , pelbagai masalahlah...itu pun satu nikmat Allah kan.

Ajaib akal kita ni ..walaupun puluh tahun dahulu kita belajar sesuatu perkara tapi masih boleh kita ingat.Tidakkah itu satu tanda Kebesaran Yang Maha Kuasa!

2. Tiap masalah baik matematiknya dan masalah harian lain - 'Jalan Penyelesaian ' nya ada banyak carakan.Tapi hasilnya sama terutamanya dalam masalah matematik.

3. Dalam Matematik - untuk dapat jawapan yang tepat, 'semuanya' mesti betul ..kalau salah sikit.Jawapan pun salah jugak !

4. Dalam menyelesaikan masalah Matematik atau masalah hidup harian kita - bila buat bukan terus berjaya .Kadang-kadang 2, 3 kali coba ..baru berjaya.

Jadi sifat jangan putus asa perlu ada untuk berjaya.

5. Kadang-kadang masalah kiraan " masa dan kerja" pun kita dah panas otak berfikir untuk menyelesaikannya kecualilah genius!

Bayangkan kiraan melibat keseimbangan nyamuk-nyamuk , burung-burung yang terbang ,bintang-bintang dan segala yang ada di langit..semuanya dalam keadaan pada tempatnya tidak berlanggar dan sebaginya.Kalu kita renungkan ..oh  Maha Hebat Allah menjadikan sehingga formula keseimbangannya susah kita kira.Ada sapa boleh tunjuk formula keseimbangannya supaya semua tak berlanggar ?Semua tak berlanggar...

6. Dan last sekali - kalau masih ingat jalan penyelesaian soalan-soalan Matematik dalam usia begini bolehlah kalu pencen nanti buat - Tiusyen ye...hhhhheeee.sajeeee.

7. Untuk anak-anak - jangan putus asa.Selalu mencoba bila buat Matematik..gagal...gagal ..berjaya...gagal..berjaya
begitulah bila belajar matematik.

Mula-mula bila pereksa mungkin dapat markah , biasa kita dengar 'cukup makan'. Jangan putus asa ..usaha lagi ..lepas tu ..bila pereksa .. dapat markah ' kenyang'  ..usaha lagi ..baru dapat ' sangat kenyang' ( Pangkat A !).Betul tak ?

Oooo..sudah 2 hari - site tak dapat kerja .Sebab ? Hujan lebat di pantai timur...Oh ye .terfikir aku
- macam mana ye kiraan untuk kuantiti hujan disesuatu kawasan ?Cobalah nak tau...bagus juga topik ni kan...


Jumpa lain kali .T.kasih



Wassalam

Mohamed




No comments:

Post a Comment