Thursday, January 2, 2014

Cari Nilai Tambah Untuk Pelajar-Pelajar

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat sejahtera...

Hujung minggu ..seminggu kerja ..rasa dah letih ....

Tadi pagi ada buat sedikit 'kuliah' buat pelajar-pelajar yang buat pratikal di site ku..Yalah tak bagi sedikit sebanyak ilmu yang kita tau macam tak sedap jugak kan.

Jadi dari sedikit pengalamam kerja yang lepas aku bagi beberapa ilmu yang elok diketahuai sebagai 'nilai tambah' buat Ijazah/Diploma atau apa-apa sijil yang akan diperolehi nanti buat anak-anak kita...

Nasihat ku pada anak-anak yang masih menuntut dan mungkin tak lama lagi cari kerjaan !

1. Setiap bidang/skop kerja kita mesti ada AKTA yang berkaitan.Jadi elok diketahui akta tersebut.Ia ibarat 'kitab' rujukan atau tugasan yang perlu dibuat atau dipatuhi.

Kalau kerja safety , ada akta safety.Kalau kerja alam sekitar ada akta alam sekitar dan sebagainya..

2.Aktiviti pekilangan, pembinaan , perniagaan sekarang tak lari dari perkara ' Sistem Pengurusan' atau 'Sistem Kualiti'.

Jadi eloklah tahu segala macam zaman sekarang sistem-sistem pengurusan dan kualiti.

3.Dalam segala macam aktiviti , mesti ada 'masalah' dan pelbagai halangan - segalanya perlukan 'improvement activity' , jadi eloklah tahu segala program yang berkaitan tool-tool menyelesaikan masalah seperti program

* QCC
* 5S
* Dan sebaginya..banyak sebenarnya..

Terutamanya kalu nak kerja di syarikat Jepun. Kalau dah tau tu jangan lupa tulis/taip dalam 'resume'..

Kalau ada syarikat Jepun tak pratik QCC, 5S ..rasenya macam pelik !

Oh ..aku tak mau cerita panjang ..tak pandai sangat nak cerita lebih dalam pasal apa yang aku sebut tadi, elok kita tengok wayang ni


Lebih lanjut berkenaan ISO layari




Semoga jumpa lagi.Wassalam

Mohamed

No comments:

Post a Comment