Monday, October 21, 2013

"Jiran Sebelah " Turunkan Kren

Assalammualaikum

Aku berkesempatan melihat bagaimana 'jiran sebelah' projek pembinaan yang hampir siap menanggalkan krennya dan menurunkan menggunakan kren yang besar !

Ini satu pengalaman yang bagus jugak ...gambar-gambarnya seperti di bawah ni lah....

Masa diturunkan tentulah orang awam pun melihatnya .....


Kren yang digunakan....


Kren yang digunakan cukup besar....


Kren siap dipasang untuk digunakan ....


Satu demi satu bahagian-bahagian kren yang telah 3-4 tahun digunakan ditanggalkan...

Ini juga satu info bagus berkaitan dengan safety .Info yang aku perhatikan adalah seperti berikut...

* Berat dan saiz beban yang diangkat
* Jaraknya dari pusat kren
* Ketinggian beban
* Sudut angkatan bagi beban
* Kelajuan beban yang diangkat
* Tapak kren yang menyokong beban
* Kawalan keselamatan ketika beban diangkat
* 'Counter weight' pada kren yang dipasang


Semua tu ..penting untuk diperhatikan bagi pastikan segala-galanya 'selamat' dan ringkasnya kena ikut 'Load Chart' yang ada pada setiap kren yang beroperasi...

Wassalam

Mohamed




Sunday, October 20, 2013

Construction Drawing !

Assalammualikum

Bila lepas kerja kadang-kadang tu aku membelek-belek pelan-pelan yang bertimbun-timbun sekitar pejabat ni

Aku coba membaca pelan-pelannya...sedikit sebanyak aku paham setelah bertanya dengan Engineer nya..

Untuk anak-anak yang masih belajar kat mana-mana elok study dan pahamkan betul-betul pasal 'construction drawing '  ..

Pak Cik ni bukan nak ajar ..heee cuma bagi anak-anak fikir.Ini sebahagian data dalam pelan yang Pak Cik cuba pahamkan. Untuk anak-anak paham tak info yang Pak Cik tulis ni dari pelan tersebut

1. Stump

    Main Bar     16T32 + 4T25
    Outer Ties    R10 - 300
    Inner Ties     4R10 - 300
    Column Size 1100 x 1100

2. FB To GB

    Main Bar       20T25
    Outer Ties     R12 - 300
    Inner Ties      4R12 - 300
    Column Size  1000 x 1000

Unit in mm

Untuk anak-anak yang nak kerja kat site tu eloklah pahamkan ..apa maksudnya info tu dekat pelan...


Gambar atas sekadar hiasan tapi ada kaitan sikit pasal yang di tulis....

Bagaimana baca construction drawing ..tengok UTube ni
Nak cerita panjang ..hheee tak pandai sangatlah ..dulu belajar sikit-sikit aje ..tak cukup ilmu nak ajar...


Wassalam

Mohamed
Tengganu..



Saturday, October 19, 2013

Pelbagai Kerja Di Tapak Bina






Sekadar gambar-gambar buat bahan perbincangan dan pelajaran buat anak-anak yang masih belajar dalam bidang kejuruteraan awam dan binaan.

Friday, October 18, 2013

Pemasangan Luffing Crane











Alhamdulilah !

Siap Di pasang Semoga Selamat Digunakan

Amin

Mohamed
Pulau Kambing
Tengganu.






Saturday, October 12, 2013

Konkrit Produk Untuk Tapak Bina

Assalammualaikum Semua

Seperti biasa harap semuanya sihat sejahtera...

Hari ini tak kerja .. minggu depan Isha Allah ..balik kampong di Yong Peng ..
Maklumlah diperantauan ..sedia maklum..ibu kenalah tengok ..rindu anak ..rindu sanak saudara ..rindu semualah hhheee...dah namanya kehidupankan....

Oh ya ..sebut tapak bina ..pembinaan ..construction site ...tak lari dari memerlukan bekalan simen ..itu mesti ..konkrit .. itu bahan wajib.

Bila sebut pasal  'concrete product' teringat aku teman rapat dan baik yang aku kenali sejak tahun 1980 lagi..sekarang ni beliau menguruskan syarikat yang terlibat dalam - pembuatan ..pengilangan ..dan pemasaran produk-produk konkrit yang digunakan untuk pelbagai kerja pembinaan - jambatan ...bangunan ..menambak laut ..dan sebagainya.

Jadi sapa-sapa terlibat dengan mencari bekalan produk-produk berasaskan konkrit boleh hubungi saya..Isha Allah ..jika berminat boleh saya perkenalkan kepada beliau.....Kenapa tak terus contact dan bagi namanya ?
..kenalah minta izan dulu dengan dia ..kan...info berkenaan companynya boleh layari web berikut



Yalah ini pun satu info tapak bina jugakan ...mana tau 'sangat berfaedah untuk anda '
Kata orang - Sedikit Info Boleh Merubah Hidup ..fikir-fikirkanlah...

Wassalam

Mohamed Bin Kasmon
Site Office - Hari Tak Kerja....
H/P : 012-7627149





Friday, October 11, 2013

Rehatkan Minda - Lepas Kerja Di Tapak Bina

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat-sihat belaka ...

Malam ni malam sabtu ...tadi tak kerja ..jumaat dan sabtu - memang cuti...untuk rihatkan minda dengan hal-hal di tapak ...memikirkan hazardnya yang macam-macam ..dan hal-hal lain yang meletihkan badan dan minda jadi biasanya aku rihatkan minda dan badan di satu tempat yang bagus  ..sambil belajar ..

Satu tempat yang baik aku cadangkan kalau ke Terengganu ..Di mana tu ?

Masjid Rusila  di Marang  ...kalu dari Kuantan ..sebelah kiri  ..kanannya pantainya yang cantik ..pandang ke laut biru ..nampak pulau  yang cantik jugak..sekitar Masjid hari jumaat tu woooo ..banyak kedai ..ya macam pasar minggu..macam-macam ada..Chalet pun banyak sepanjang jalan ..

Sapa bawak h/phone - sudah tentu ambil gambar !!!!Tak caya datanglah kat sini....

Kalau nak jalan-jalan ke Tengganu ...boleh sewa chalet kat sini ..dan antara pukul 9 pagi - 10 pagi ( Hari Jumaat )  ..biasanya ceramah dari Ustaz Tuan Guru Hj Hadi...

Ramai tak ? Wooooo..ramai ..kalu lambat sampai ..susahlah sikit nak parking kereta ..boleh tapi jauh sikit....

Ya. Aku akui ..kadang-kadang tu memikirkan sangat soal kerja ..24 jam bagus tak ?
Rasanya tak elok ..elok minda kita direhatkan dengan dengar nasihat dan 'reminder ' terutamanya  nasihat dari tok-tok guru ..sebab alim ulamak adalah pewaris nabi..




U-Tube ni kalu ikut tajuk nya Pulau Kapas ..memang nampak dari Masjid Rusila..Cantik tak ? Nak tau coba tengok....

Mari kita dengar salah satu kuliah Tuan Guru Hj Hadi



Tempat ni rasanya Di Masjid Rusila ...

Nasihat yang kita dengar kat sini tentunya berfaedah buat panduan masa kerja kat mana-mana ...tapak bina , kilang , rumah ..dan sebaginya kerana akhirnya kita hanya usaha ..berdoa dan bertawakal semoga tiada kemalangan di mana-mana saja.

Rasanya ..cukup di sini ..aku nak sambung pusing-pusing sekitar Kuala Terangganu ..biasanya lepas tu ..rehat kejap di kedai mamak berhampiran Water Front K.Tengganu ..sambil nikmati secawan susu kambing (HiGoat) di tepi kuala sungainya yang cantik dan bergermelapan waktu malam..datanglah ke Tengganu ..Isha Allah tak rugi...selamat malam..

Wassalam

Mohamed Bin Kasmon
Cyber Cafe - Depan Hotel Sri Malaysia !
Kuala Terangganu


Nak tau - Lokasi Masjid Rusila sila klik link di bawah....

Thursday, October 10, 2013

....Hari Jadi Di Tapak Bina ...

Assalammualaikum Semua

Harap semuanya dalam keadaan - sihat dan tidak stress ...dengan apa yang di hadapi..

Macam orang lain jugak ..tentu ingat hari jadinya ye..kalau tak ingat ...tak tau lah ...kalau sampai tak ingat kerana sebab-sebab yang ' baik ' itu rasanya OK dan baik daripada ingat tapi sambut dengan cara yang menyalahi agama atau menyalahi pelbagai akta kan ...Betul tak ? Fikir-fikirkan lah.....

Ringkas saja - terima kasih di atas segala ucapan dari isteri ...anak-anak ...sanak saudara ..rakan-rakan ..semualah yang mengenali saya...

Semoga semua kelian - sihat , dan berada dalam keredaan Allah..

Apa yang lebih baik dalam dunia ni ..kalau tidak yang Mencipta kita ..meredai kita dan mengampuni kita..

Hari ini dalam sejarah - menyambut hari jadi di tapak bina yang panas ..sana-sini besi ..kayu ..batu-batu ...hazard-hazard ....dengan pelbagai rakan setapak ..Indon , dan sebaginyalah...

Tak kisahlah di mana kita cari rezeki - yang penting HALAL..

Bahaya ? ..itu memang ada di mana-mana ...tak perlu terangkan....

Akhir kata - saya ucapkan semoga yang baca blog ni dalam keadaan sihat dan sejahtera.



Sempena hari jadi - mari kta dengar nasihat dari Ustaz Azhar Idros berkenaan Hari Jadi

Wassalam

Mohamed
Site Office - Lepas Kerja ....