Friday, October 4, 2013

Tip-Tip Kerja Di Site ....

Assalammualaikum

Harap semuanya baik...

Sejak kebelakangan ni..sibuk betul ..sedia maklum zaman sekarang ..masing-masing sibuk..yang takut terlalu sibuk hingga lupa perkara wajib yang patut kita tunaikan....sebagai seorang Islam....paham-paham ajelah..
kerana tu isi blog ni tak bertambah.

Hari ni tak kerja - jadi ingin nak masukkan sedikit info berdasarkan kerja di tapak bina..ini tip-tip atau perkara yang elok saya tulis untuk terutamanya anak-anak yang masih belajar apa saja berkait kerja di tapak bina di mana lepas study nanti ..nak kerja ..

Berdasarkan pemerhatian ku ..setelah hadir beberapa meeting yang dihadiri oleh klien projek , kontraktor, Arkitek, Jurutera C&S , Jurutera M&E dan sebagainya serta pemerhatian kerja di site

Elok anak-anak bersedia dan tahu perkara-perkara berikut

1. Mustahak - boleh dan mahir membaca segala jenis pelan projek.Ini SANGAT penting...
2. Merancang kerja di site bersama pelbagi pihak sub kon dll.
3. Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua yang terlibat.
4. Membuat Laporan Projek
- Maklumat Kontrak
- Carta Organisasi Projek
- Pelan projek
- Program Kerja - seperti jadual kemajuan projek,CPM Fizikal,Unjuran S-Curve Fizikal & Kewangan,Perancangan Bulanan
- Senarai Sub Kontraktor yang terlibat
5. Lain-lain
- Jadual Arahan
- Memo Tapak
- Masalah Tapak Bina
- Perkara Yang Menyebabkan Lanjutan Masa
- Request For Technical (RFI).
- Keputusan Ujian Konkrit/Piling/Etc
- Laporan Verticality Bangunan
- Senarai Penyerahan Sampel dan Bahan
- Senarai Penyerahan Method Statement/SOP/etc
- Senarai Lukisan Projek
- Gambar Kemajuan Projek

Semoga catatan ini berfaedah buat anak-anak kita yang akan kerja di site dsb.

CPM - satu yang penting dalam kerja site ..nak tau lebih lanjut tengok 'wayang' ni..selamat menonton di hujung minggu ni..




Bersambung di lain masa - harap ada masa.

Wassalam

Mohamed
Pulau Kambing
Kuala Terangganu.





No comments:

Post a Comment