Saturday, October 26, 2013

Doa Untuk Keselamatan Di mana Saje...

Assalammualaikum

Harap semuanya sihat-sihat bersama orang yang disayangi.....

Tiap-tiap orang mesti ada yang disayangi...kalu tak gitu ..bukan orang namanya   ... hheee..

Sudah tentu semua kita ingin selamat - tak kiralah di mana saje ..jalan raya ..kerja ...belajar ..kapal terbang kilang  ..di dapur  ....dan juga sapa yang kerja kat site lah....

" Tanpa Keselamatan - Apa kita boleh buat ? " Semua orang nak selamat ..kat dunia dan tentunya di akhirat..jadi hidup ni sebenarnya NAK SELAMAT !...

Pasal keselamatan - setelah kita berusaha ..tentunya ....berdoa ..akhirnya ... tawakallah....

Pasal doa saya sertakan info bagus untuk kita amalkan dari satu blog yang saya baca  ..harap berfaedah..saya  copy saje catatan dari blog tersebut ..maklumlah zaman copy ....

Salam Pembaca,

N3 ini berkenaan keselamatan diri bagi mengelak berbagai bahaya yang datang dari berbagai punca iaitu: 

Manusia 
- Dirompak/Diragut/Ditipu/Disantau/Kemalangan Jalanraya/Lemas dsbg, 

Diri Sendiri 
- Tersilap makan beracun(food poisoning)/Terjatuh hingga cedera parah, Terkena kejutan letrik dsbg.

Bencana dari Allah SWT
- Ditimpa pokok semasa ribut taufan/Tsunami/Gempa Bumi/Banjir dsbg.

Perlu diingatkan bahawa kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaqiaitu ketentuan Allah SWT yang boleh berubah dengan kita berusaha dengan berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah SWT yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati. 

Captain baru-baru ini nyaris ditimpa tiang letrik TNB yang hanya jatuh 6 kaki  dihadapan motorsikal yang dinaiki semasa keluar rumah. Tiang letrik TNB tsb jatuh dilanggar lori dibelakang captain yang terbabas ke tepi jalan. Insyaallah Allah SWT itu Maha Menepatinya, Maha Pelindung dan memelihara hambaNya. Doa-doa ini selalu captain baca semasa wirid selepas solat Maghrib dan Subuh.

1. DOA MENGELAKKAN MUDARAT ATAU DOA PENDINDING DAN PENGGERAK.

Fadhilat dan membaca doa ini: KLIK SINI.

Baca (3x) kali waktu pagi dan petang sebelum Keluar Rumah/Dari Tempat kerja/Perjalanan Jauh/Pergi Bercuti. 

Baca setiap kali selepas solat Maghrib dan Solat Subuh.


Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. DOA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT

Baca (7x) waktu pagi dan petang sebelum Keluar Rumah/Tempat kerja/Perjalanan Jauh/Pergi Bercuti. 

Baca setiap kali selepas solat Maghrib dan Solat Subuh.


Maksudnya:

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (Surah At Taubah: Ayat 129)

(Doa yang dibawah ini dibaca (1x) semasa wirid iaitu selepas membaca kedua-kedua doa diatas tersebut selepas solat Maghrib dan Solat Subuh.) 


Maksudnya:

128: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

129: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

(Surah At Taubah: Ayat 128, 129) 
Doa Selamat - dari sumber U-Tube 



Semoga dapat dikongsi bersama orang yang kita sayang.

Tak de orang yang disayangi ke ? ..itu bukan orang ...hhheeee.saja gurau ..sekian untuk kali ni.

Wassalam

Mohamed
Tengganu

No comments:

Post a Comment